Friday, December 5, 2014

Tips masuk rumah baru lepas dapat kunci

Gua first time beli rumah. Memang otak blur tak tahu ape nak buat lepas dapat kunci. Maklumlar rumah sendiri. Terharu jugak dapat merasa titik peluh kais pagi makan tengah hari kais petang makan malam aku selama ini.. Antara bende yang korang kene buat paling penting berdasarkan pengalaman aku lepas dapat kunci

1. Baca doa dulu
Aku sebab terpengaruh dengan cite seekers woi. Takut ade benda lain dalam rumah, hahaha. Baca je lar ayat kursi ke.yg penting bagi salam dulu. Malam pertama tido aku dah mimpi hantu kat ruang tamu aku, ramai pulak tu. Nate betol!

2. Ronda ronda sesi suai kenal
Kau pergi lar pusing keliling luar dan dalam rumah. Baru korang nampak sikit idea nak buat ape lepas tu. Baru taw mana jamban, stor, wet kitchen, dry kitchen, hell kitchen, bilik bagai..

3. Check defect 
Mende defect tu? Defect tu macam kecacatan, pecah, sopak, retak dalam kata lain tak sedap mata memandang lah. Developer confirm bg kau borang suruh isi mana yang perlu dibaik pulih. Lain lar kau beli rumah setinggan kompom tak payah isi borang. Selalu developer bagi masa setahun je free. Lepas stahun kau komplain mmg diorang tak layan punya! Bayar larr sendri repair


4. Periksa segala paip yang ada
Aku terkene shower tersumbat dengan pasir. Pili air sumbat bagai. Kau kene bukak semua pili kepala paip biar air mengalir. Bukak lama2 sikit, jgn nak kedekut. Tujuan paip air yg virgin ni penuh angin dalam saluran paip. Biar tekanan dh stabil baru tutop. Baru korang taw mana2 yang tersumbat! 

5. Periksa lantai 
Sila ketuk seketul2 tile lantai korang. Takot dalam tu takde simen. Kalau bunyi kosong maknenye simen kurang. Nanti kau bubuh furniture kompom retak. Kau isi borang defect tadi suruh diorang korek balik bubuh simen. Mana yg lantai daun ke batang pokok ke atau papan tak payah nak komplain.!!


6. Periksa setiap socket point
Kau amik je charger telepon pastu charge tepon dekat setiap point yang ade. Baru kau tau mana2 point yang bermasalah. Kalau semua point takde power mmg tepon kau pakai solar lar kot. 


7. Periksa kunci
Kunci bergugus yg developer byk2 tu bukan untuk tunjuk kau kaya byk bilik!! Pergi test satu2 kunci. Make sure smua boleh bukak. Boleh test kat rumah sebelah kalau ade awek2 janda2. Senang nak masok.haha

Itu je yang penting aku rasa sbb rumah ada setahun warranty. Papehal cari sebyk mungkin defect. Tu yang penting. Nak kenal jiran sebelah korang ade byk masa beb! Pas rumah dah cantik baru lar pikir nak letak furniture hias bagai. Nak panggil Eric deco rumah kau pon boleh.




Cara bunuh pepijat yang berkesan

Salam. Aku nak start first post citer pasal pepijat. Aku baru masuk rumah baru. Masok bulan ke 6 gua ade rase gatal gatal masa tido. Asal terjaga je garu, asal garu je terjaga. Aku saspek ni mesti kerje nyamuk punya angkara. So aku let it go frozen lar..hari demi hari gatal semakin menjadi jadi. Aku ingat kuku aku tak payah potong sebulan la sebab automatik jadi pendek sebab garu punya hal. Jadi aku pon buat lar siasatan dalaman. Then gua perasan ade binatang kecik kat dinding. Ingat kan sekor dua je. Sekali berjuta juta lemon da! Hati kecil aku menjerit PEPIJAT PEPIJAT PEPIJAT. Kau rupenye yang membuat onar selama ni. Habis darah manis aku kau sedut slup slup ye! Pastu aku mula lar buat research pasal pepijat. Malaon ni kalau dibiarkan boleh sengsara hidup. Satu rumah dia duduk! Silap dalam spender dia jalan jalan!. Byk cara utk membunuh pijat ni. Antaranya panggil pest control. Wak lu, aku tak kaya panggil pest control. Skali dtg survey asap rumah pakai kemenyan special diorang pon dh rm200. Baik aku beli gems COC lagi bagus. Pastu ada cara beli penyembur racun untuk pepijat. Ada dijual di kedai hardware besar aje macam ACE, DIY etc. Kedai cat Ah Seng tarak jual punya. Korang kene cari kat kedai hardware besar. Harga boleh tahan jugak, range rm50 to rm100. Mahal gila! So aku try lar bende yang paling sempoi. Aku pakai ridset je beb! Ya btol! Murah gile, tak sampai rm10. Kalau kau nak murah lagi ko pergi picit sekor2 lar.Dengan slumber sambil senyum gua sembur kat dinding sambil dengar lagu jastin biber. 30 minit aku cek balik..WOw... amazing race! Smua jd mayat bergelimpangan. Tu baru skali je spray. Esok dan seterusnya aku nak spray sampai hilang penyakit gatal aku. Harap gatal awek tak hilang larrr..haha. Ingat beb BINATANG NI KALAU TAK MAMPUS AKAN BERANAK PINAT SATU RUMAH!! INGAT YE !! tak percaya? Tengok gambar ni ha


Ridset kan aje. Murah jimat dan berkesan