Friday, December 5, 2014

Tips masuk rumah baru lepas dapat kunci

Gua first time beli rumah. Memang otak blur tak tahu ape nak buat lepas dapat kunci. Maklumlar rumah sendiri. Terharu jugak dapat merasa titik peluh kais pagi makan tengah hari kais petang makan malam aku selama ini.. Antara bende yang korang kene buat paling penting berdasarkan pengalaman aku lepas dapat kunci

1. Baca doa dulu
Aku sebab terpengaruh dengan cite seekers woi. Takut ade benda lain dalam rumah, hahaha. Baca je lar ayat kursi ke.yg penting bagi salam dulu. Malam pertama tido aku dah mimpi hantu kat ruang tamu aku, ramai pulak tu. Nate betol!

2. Ronda ronda sesi suai kenal
Kau pergi lar pusing keliling luar dan dalam rumah. Baru korang nampak sikit idea nak buat ape lepas tu. Baru taw mana jamban, stor, wet kitchen, dry kitchen, hell kitchen, bilik bagai..

3. Check defect 
Mende defect tu? Defect tu macam kecacatan, pecah, sopak, retak dalam kata lain tak sedap mata memandang lah. Developer confirm bg kau borang suruh isi mana yang perlu dibaik pulih. Lain lar kau beli rumah setinggan kompom tak payah isi borang. Selalu developer bagi masa setahun je free. Lepas stahun kau komplain mmg diorang tak layan punya! Bayar larr sendri repair


4. Periksa segala paip yang ada
Aku terkene shower tersumbat dengan pasir. Pili air sumbat bagai. Kau kene bukak semua pili kepala paip biar air mengalir. Bukak lama2 sikit, jgn nak kedekut. Tujuan paip air yg virgin ni penuh angin dalam saluran paip. Biar tekanan dh stabil baru tutop. Baru korang taw mana2 yang tersumbat! 

5. Periksa lantai 
Sila ketuk seketul2 tile lantai korang. Takot dalam tu takde simen. Kalau bunyi kosong maknenye simen kurang. Nanti kau bubuh furniture kompom retak. Kau isi borang defect tadi suruh diorang korek balik bubuh simen. Mana yg lantai daun ke batang pokok ke atau papan tak payah nak komplain.!!


6. Periksa setiap socket point
Kau amik je charger telepon pastu charge tepon dekat setiap point yang ade. Baru kau tau mana2 point yang bermasalah. Kalau semua point takde power mmg tepon kau pakai solar lar kot. 


7. Periksa kunci
Kunci bergugus yg developer byk2 tu bukan untuk tunjuk kau kaya byk bilik!! Pergi test satu2 kunci. Make sure smua boleh bukak. Boleh test kat rumah sebelah kalau ade awek2 janda2. Senang nak masok.haha

Itu je yang penting aku rasa sbb rumah ada setahun warranty. Papehal cari sebyk mungkin defect. Tu yang penting. Nak kenal jiran sebelah korang ade byk masa beb! Pas rumah dah cantik baru lar pikir nak letak furniture hias bagai. Nak panggil Eric deco rumah kau pon boleh.




0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home